KISAH KEJAYAAN (CELIK IT)
BELAJAR MENAIP DAN MEWARNA DIGITAL
Umur : 8 tahun Ahli : 2018 |
Latar belakang
Merupakan salah seorang ahli PEDi yang aktif. Dan dia mempunyai minat untuk mempelajari asas-asas penggunaan komputer dengan lebih mahir lagi.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Ekonomi Digital (PEDi)
Tidak mahir menaip dan menggunakan aplikasi-aplikasi online di dalam komputer
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Ekonomi Digital (PEDi)
Berkat dan kesungguhan mengikuti kelas yang dijalankan di Pusat Ekonomi Digital, beliau mampu untuk menggunakan komputer dan juga diberi ilmu pengetahuan ict.
Apa yang dipelajari melalui Pusat Ekonomi Digital (PEDi)
Perkakasan komputer - Menaip - Microsoft Office - Asas-asas komputer aplikasi-aplikasi mewarna online - Memberi latihan dan tunjuk ajar - Latihan dari semasa ke semasa - Bantuan daripada petugas
Gambar Disini
KISAH KEJAYAAN ONLINE (1)
USAHAWAN MEKANIK BENGKEL KERETA
UMUR : 36 thn AHLI : 2019 |
Latar Belakang
Merupakan seorang usahawan muda yang berasal dari Kampung Tellian Mukah yang pada mulanya hanya membuka bengkel motosikal kecil-kecilan di rumah. Minat dalam bidang mekanik , membaik pulih motosikal dan kereta amatlah tinggi.
Sebelum penglibatan ICT / penglibatan PEDi
Perniagaannya hanya dikunjungi oleh sanak saudara, orang kampung yang berdekatan.
Selepas penglibatan ICT / penglibatan PEDi
Melalui banyak pendedahan dari petugas Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kg Judan seperti, mengiklankan servis beliau di aplikasi whatsapp, melalui facebook perniagaan beliau mula mendapat tempat di hati penduduk kampung dan sekitar Mukah. Kini beliau telah mampu meyewa tapak rumah lama yang lebih luas dan membuka bengkel kereta sendiri di Skim Penempatan Semula Kpg Kuala Lama Mukah.
Apa yang dipelajari melalui PEDi
- Mempelajari cara membuat pemasaran online melalui FB, Whatsapp
- Mempelajari cara untuk mempromosikan perniagaan
- Mencari peluang bantuan dan geran dari badan -badan kerajaan
- Mempelajari cara-cara membaiki kereta melalui aplikasi youtube
KISAH KEJAYAAN ONLINE (1)
USAHAWAN PERKHIDMATAN SOLEKAN
Umur : 18 tahun Ahli : 2014 |
Latar Belakang
Beliau merupakan seorang belia yang menjalankan perkhidmatan solekan secara kecilan.
Sebelum penglibatan ICT / penglibatan PEDi
Perkhidmatan yang disediakan oleh beliau hanya mendapat sambutan daripada rakan sahaja.
Selepas penglibatan ICT / penglibatan PEDi
Melalui kelas dan latihan yang dijalankan di PEDI terutamanya latihan asas keusahawanan, beliau banyak mempelajari teknik mempromosikan perniagaan online, teori dan model keusahawanan, ,mencari idea perniagaan dan strategi memulakan perniagaan
Apa yang dipelajari melalui PEDi
- Mempelajari cara membuat pemasaran online melalui FB, Blog
- Mempelajari cara untuk mempromosikan perniagaan
- Membuat kad bisnes menggunakan Publisher
- Membentangkan idea perniagaan menggunakan PowerPoint
KISAH KEJAYAAN CELIK IT
BELAJAR MENAIP & MEWARNA DIGITAL
Umur : 12 tahun Ahli : 2016 |
Latar belakang
Merupakan salah seorang ahli PEDi yang aktif dan sering berkunjung ke Pusat Ekonomi Digital (PEDi). Dan dia mempunyai minat untuk mempelajari asas-asas penggunaan komputer dengan lebih mahir lagi.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Ekonomi Digital (PEDi)
Tidak mahir menaip dan menggunakan aplikasi-aplikasi online di dalam komputer
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Ekonomi Digital (PEDi)
Berkat dan kesungguhan mengikuti kelas yang dijalankan di PEDi, adik Amirul mampu untuk menggunakan komputer dan juga diberi ilmu pengetahuan ict.
Apa yang dipelajari melalui Pusat Ekonomi Digital (PEDi)
Perkakasan komputer - Menaip - Microsoft Office - Asas-asas komputer aplikasi-aplikasi mewarna online - Memberi latihan dan tunjuk ajar - Latihan dari semasa ke semasa - Bantuan daripada petugas
KISAH KEJAYAAN ONLINE (1)
USAHAWAN PENTERNAKAN KAMBING
Umur : 30 tahun Ahli : 2015 |
Latar Belakang
Seorang anak jati Melanau, dan tinggal di Kpg Kuala Lama, dan suka menceburi bidang penternakan seperti, arnab, ayam, kucing dan kambing.
Sebelum penglibatan ICT / penglibatan PEDi
Sebelum ini, beliau pernah menternak arnab sebanyak 128 ekor dan kini beliau menceburi bidang penternakan kambing. Penjualan kambing pada masa ini belum mendapat sambutan , kerana kurang pengiklanan
Selepas penglibatan ICT / penglibatan PEDi
Beliau dapat membuat promosi dan iklan melalui media sosial. Selain itu juga, mendapat permintaan dari penduduk luar kawasan Mukah. Dan beliau banyak mendapat maklumat tentang penternakan kambing dalam laman sosial.
Apa yang dipelajari melalui PEDi
- Mempelajari cara membuat pemasaran online melalui FB, Blog.
- Mempelajari cara penjagaan dan pemakanan kambing secara komersil.
Mendapat lebih maklumat kebaikan dan keburukan serta risiko dalam penternakan kambing