Mukah merupakan salah satu bahagian di negeri Sarawak dengan keluasan 2,536 km2. Kawasan pentadbiran bahagian Mukah meliputi bandar Mukah, pekan Balingian danSelangaumengikut pembahagian kawasan terbaru,Dalat turut dimasukkan dalam bahagian Mukah. Bandar Mukah yang didirikan di tepi Sungai Batang Mukah berada sejauh kira-kira 3.5 jam perjalanan dari Sibu. Ia dibuka oleh orang tempatan dan kemudian ditadbir oleh residen ketika pemerintahan James Brooke. Mengikut banci tahun 2000, penduduk Mukah berjumlah lebih kurang 47,900 orang dengan kebanyakan mereka berbangsa Melanau.
Mukah mempunyai banyak keunikan yang tersendiri seperti makanan yang eksotik, budaya, kepercayaan, dan lain-lain. Mukah menjadi pusat kebudayaan orang Melanau dan "Pesta Kaul" yang diraikan pada bulan April oleh nelayan tempatan merupakan salah satu acara tahunan yang penting di sini.
Kawasan di persekitaran Mukah ialah tempat penanaman sagu yang penting. Kini, pembandaran telah dilakukan dengan pesat untuk menarik pelabur asing datang ke Mukah. (sumber dari wikipedia)
Pesta Kaul di Mukah merupakan salah satu tarikan utama kepada pelancong. Terdapat beberapa tempat yang mengadakan Pesta Kaul seperti Oya, Kampung Judan dan Kampung Petanak. Pesta Kaul yang dijalankan di beberapa tempat tersebut diadakan secara sederhana besar. Pesta Kaul Mukah yang bertempat di Pantai Kuala Lama Mukah diadakan secara besar-besaran.
Selain daripada Pesta Kaul, Pesta Balau di Dalat dan Pesta Bederun di Balingian merupakan acara yang diadakan di bahagian Mukah.
Pantai Kala Dana,Mukah
Pesta Kaul Mukah
Pesta Kaul diadakan pada hujung bulan April setiap tahun (ikut tradisi selepas musim menuai dan menangkap ikan nenek moyang orang Melanau).Pengunjung yang dianggarkan datang ke pesta tersebut adalah 50 000 orang setiap tahun.
Aktiviti:
1. Acara Kebudayaan
2. Sukan Rakyat
3. Tarian tradisional
4. Makanan tradisional
5. Pameran Agensi Kerajaan dan Swasta
6. Gerai komuniti
7. Masakan
8. Hiburan Artis
9.Pertandingan Teluwaih Jinih dan Jemelai Gap