Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kampung Judan merupakan satu pusat yang menghubungkan penduduk Kampung Judan kepada dunia IT dan keusahawanan mikro digital. Ia juga merupakan satu tempat yang sering dikunjungi oleh pelajar sekolah rendah dan sekolah menengah setelah selesai sesi persekolahan dan juga pada masa cuti sekolah. Selain pelajar, golongan belia dan dewasa juga kerap ke pusat ekonomi digital untuk mengakses internet dan juga menerima perkhidmatan yang disediakan seperti cetakan, imbasan dokumen dan fotokopi. Ada juga indoor game yang pihak pusat ekonomi digital sediakan seperti permainan carom. Selain itu juga perkhidmatam membuat lesen perniagaan juga kami sediakan di Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kampung Judan.