Kilang Kuih Sepit
Terdapat sebuah kilang pemprosesan kuih sepit di Kampung Judan yang beralamat di Jalan Pantai Kampung Judan,96400 Mukah,Sarawak.Majoriti golongan wanita di Kampung Judan menjalankan perniagaan memproses Kuih Sepit. Ini kerana,permintaan untuk kuih tradisional ini amat tinggi dalam pasaran tempatan.Malahan,permintaan untuk kuih sepit akan meningkat pada musim-musim perayaan.
Kolam Ternakan Udang
Kolam ternakan udang ini dimiliki oleh Tuan Hj Tura Bin Hj Musa,iaitu penduduk Kampung Judan.Kolam ternakan udang ini telah lama diusahakan oleh beliau.Permintaan terhadap udang kolam juga semakin meningkat dan semakin popular di sekitar penduduk tempatan mahupun luar.
Kedai Runcit
Kedai runcit ini diusahakan oleh Puan Eton sejak 5 tahun yang lalu.Perniagaannya semakin maju dan juga di situ terdapat EBB Bank bagi memudahkan penduduk kampung membuat sebarang urusan pembayaran bil-bil elektrik,bil air dan sebagainya.