KISAH KEJAYAAN USAHAWAN (1)

 

USAHAWAN PENIAGA BURGER

Umur : 18 tahun

Ahli : 2014

Latar belakang

Merupakan seorang ahli PEDi dan lepasan sekolah. Memulakan perniagaan menjual burger pada hujung tahun 2017

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Ekonomi Digital (PEDi)

Sebelum ini, beliau bekerja di kedai makan sebagai tukang masak dan pelayan. Melalui penglibatan dalam kelas yang dianjurkan di PEDi, beliau memperoleh ilmu dan idea untuk membuka perniagaan beliau sendiri yang dibantu oleh keluarga beliau.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Ekonomi Digital (PEDi)

Beliau dapat membuat promosi melalui media sosial. Selain itu juga, mendapat permintaan dari penduduk luar kawasan Kampung Judan.

 

Apa yang dipelajari melalui Pusat Ekonomi Digital (PEDi)

-       Mempelajari cara membuat pemasaran online melalui FB, Blog

-       Mempelajari cara membuat burger dengan lebih berkesan

-       Mempelajari cara untuk berniaga secara kecilan

 

azm 1  azm 2  azm 2

 

 

 

KISAH KEJAYAAN USAHAWAN (2)

 

USAHAWAN PENIAGA MAKANAN

Umur : 18 tahun

Ahli : 2014

Latar belakang

Merupakan salah seorang ahli PEDi Kampung Judan dan juga lepasan SPM. Mula bergiat dalam bidang perniagaan selepas tamat ujian SPM

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Ekonomi Digital (PEDi)

Sebelum terlibat dalam apa-apa latihan dan kursus yang ditawarkan di PEDi, beliau tidak mempunyai ilmu tentang keusahawanan dan perniagaan

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Ekonomi Digital (PEDi)

Selepas belajar dan menguasai ilmu ICT dan Keusahawanan, beliau sedikit sebanyak mampu menjadi seorang usahawan pada umur yang muda. Pada masa yang sama juga, beliau diberi kepercayaan oleh saudara beliau, untuk menjalankan perniagaan air kelapa dan keropok lekor.

 

Apa yang dipelajari melalui Pusat Ekonomi Digital (PEDi)

-       Mempelajari cara membuat pemasaran online melalui FB, Blog

-       Mempelajari cara untuk membuat penjenaman dan promosi

-       Mempelajari taktik perniagaan yang berkesan dan persaingan yang sihat

izn 1  izn 3 

 

 

 

 

KISAH KEJAYAAN CELIK IT

Umur : 17 tahun

Ahli : 2014

 

Latar belakang

 Merupakan seorang pelajar SPM 2018, sejak tahun 2014, beliau rajin ke Pusat Ekonomi Digital (PEDi) untuk belajar dan juga melayari internet

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Ekonomi Digital (PEDi)

Sebelum terlibat dalam kelas yang diadakan di Pusat Ekonomi Digital (PEDi), beliau kurang berpengetahuan dalam bidang komputer

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Ekonomi Digital (PEDi)

Selepas terlibat dalam kelas yang dianjurkan di PEDi, beliau telah banyak belajar dan mendapat ilmu pengetahuan yang berguna, selain itu juga, penglibatan di PEDi memberi banyak perkara yang positif kepada beliau

 

Apa yang dipelajari melalui Pusat Ekonomi Digital (PEDi)

-       Belajar mengenai sistem dan fungsi komputer

-       Belajar menggunakan dan menguasai Microsoft Office

-       Belajar dan mengetahui etika ketika online

 

izt  izt 2