KISAH KEJAYAAN (USAHAWAN ONLINE)
KUIH SEPIT JUDAN ABUK MAHO
Umur :28 tahun Ahli : 2014 |
Latar belakang
Merupakan ahli PEDi. Semenjak dulu lagi pengusaha kuih sepit ini memang mempunyai resepi tersendiri di dalam adunan kuih sepit. Dan mereka berjinak juga menceburi sedikit dalam bidang bisnes dalam talian dan juga mempunyai minat untuk mempelajari asas-asas penggunaan komputer dan perniagaan dalam talian dengan lebih mahir lagi.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Ekonomi Digital (PEDi)
Tidak mahir menaip dan menggunakan aplikasi-aplikasi online di dalam komputer dan minat yang mendalam terhapadap aktiviti jual beli online.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Ekonomi Digital (PEDi)
Berkat dan kesungguhan mengikuti kelas yang dijalankan di PEDi, usahawan ini juga sudah membuat akaun shopee dan masih berjinak-jinak menggunakan aplikasi tersebut untuk memperluaskan jualan sepit beliau. Beliau juga telah menerima tempahan dari akaun facebook beliau dan selalu mengiklankan produk beliau di dalam atas talian dengan bantuan dari petugas PEDi. Mereka juga telah mendapat peruntukkan geran dari Jabatan Pertanian untuk mengusahakan kilang baru sepit di Kpg Judan.
Apa yang dipelajari melalui Pusat Ekonomi Digital (PEDi)
- Perkakasan komputer
- Menaip
- Microsoft Office
- Asas-asas komputer aplikasi-aplikasi online
- shopee